Selamat datang ke tingkat atas. Tangga ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan kurun ke-19. Terdapat papan-papan berlipat yang digunakan untuk menutup tangga ini bagi mengelakkan pencuri daripada naik ke atas dan juga kanak-kanak daripada terjatuh ke bawah. Selain itu, ia juga digunakan sebagai amaran kepada para suami supaya tidak pulang lewat, sekiranya mereka tidak mahu bermalam di aras bawah.