Loading
Baba Nyonya Heritage Museum Lantern

B

Ruang Tamu Utama (Thia Besair)


Komuniti Peranakan Cina bertutur dalam bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Baba yang merupakan campuran Hokkien dan bahasa Melayu tempatan.

Walaupun banyak adat istiadat Melayu yang terkandung dalam budaya dan tradisi mereka, namun identiti Cina masih lagi diketengahkan. Contohnya, ruang tamu utama ini adalah tempat menyambut tetamu-tetamu kehormat khas buat kaum lelaki sahaja.

Perhiasan di ruang tamu ini merupakan perhiasan yang biasa dilihat di ruang tamu rumah masyarakat Peranakan. Susunan perabot mereka mencerminkan gaya susunan kediaman pegawai-pegawai dinasti Qing di negara Cina pada suatu masa dahulu.

Semua perabot yang berada di ruang ini sentiasa berpasangan dan seimbang.

Sulaman Sutera
(dinding menghadap ke Utara)


Sulaman tengah merupakan tiga-permintaan-kehidupan dalam masyarakat Cina yang merupakan kekayaan, rahmat dan panjang umur (Hock Lock Siew). Ketiga-tiga aspek ini digambarkan melalui sulaman kelawar yang bermaksud rahmat, rusa untuk kekayaan dan juga burung bangau yang melambangkan panjang umur.

Baba Nyonya Heritage Museum Silk Embroidery (Wall Facing North)
Baba Nyonya Heritage Museum Silk Embroidery (Wall Facing South)

Sulaman Sutera
(dinding menghadap ke Selatan)


Sulaman tengah menggambarkan sepasang burung cenderawasih atau Feng Huang. Burung cenderawasih merupakan satu daripada empat binatang mitos dalam budaya masyarakat Cina. Motif ini melambangkan pasangan diraja negara Cina, dan sulaman ini menggambarkan rakyat negara Cina memberi sembah hormat kepada pasangan diraja mereka ketika zaman kemakmuran.

Papan Bersurat di atas Pintu


Papan bersurat di atas pintu ini telah dihadiahkan kepada Chan Cheng Siew sewaktu beliau berpindah masuk ke rumah ini pada tahun 1896. Tulisan pada papan tersebut tersirat dengan ucapan tahniah dan selamat berpindah ke rumah yang gah dan indah ini.
wooden sign (cleaned) lg

Bahagian Seterusnya

Shopping Basket

Pilih Bahasa