Terdapat hanya dua buah bilik mandi di rumah ini, satu di tingkat atas dan satu lagi di tingkat bawah. Bilik mandi mereka adalah lebih ringkas dan mengikuti rekabentuk dan citarasa orang Inggeris.
Tandas digelar sebagai jamban, di mana kepingan konkrit digunakan untuk tempat pemijak dan kapur akan dituangkan ke dalam lubang selepas mereka membuang air besar. Kertas kasar yang dipanggil chor chua akan digunakan untuk membersihkan diri.
Sistem kumbahan hanya diperkenalkan pada sekitar tahun 1960an. Sebelum itu, “bucket system” diguna pakai. Seorang lelaki akan menggunakan pintu belakang untuk membawa sisa kumbahan selang beberapa hari dan tong yang diambil akan digantikan dengan sebuah tong yang bersih.