Nadi sesebuah rumah Peranakan terletaknya di dapur. Untuk keluarga ini, mereka mempunyai dua orang tukang masak (chong poh). Seorang merupakan pembantu untuk membeli bahan-bahan dapur dan juga ditugaskan untuk menumbuk dan mengisar segala bahan dan rempah yang diperlukan oleh tukang masak dalam persiapan untuk menghidangkan masakan kepada tuan rumah dan ahli-ahli keluarga yang lain.
Segala yang berlaku di dapur akan dipantau oleh puan besar rumah ini.
Lesung
Seseorang Nyonya seharusnya pandai menumbuk belacan dan dikatakan bakal mak mertua dapat menilai sifat-sifat bakal menantunya melalui teknik menumbuk. Lesung digunakan untuk menumbuk segala rempah yang diperlukan dan lesung juga terdapat dalam budaya Asia yang lain seperti India, Melayu dan Cina.
Mesin Membuat Putu Mayam
Nyonya Joo Suan gemar membuat putu mayam. Ia merupakan sejenis makanan yang berasal daripada kulinari kaum India. Seng Kee sangat menyukai putu mayam yang disediakan oleh isterinya. Oleh kerana proses pembuatannya yang sangat memenatkan, Seng Kee mengubahsuai tempat membuat putu mayam yang diletakkan pada bangku ini supaya ia dapat memudahkan lagi proses pembuatannya. Beliau akan meluangkan masa bersama isterinya setiap kali isterinya membuat putu mayam di dapur.
Mesin Membuat Aiskrim
Ahli keluarga akan ke kedai untuk mendapatkan bukuan air batu, susu dan perisa strawberi untuk mendapatkan aiskrim yang akan terbentuk selepas dikacau menggunakan mesin membuat aiskrim ini selama setengah jam untuk mendapatkan sesuap aiskrim!
Dapur Kayu Api
Rumah ini dilengkapi dengan dua buah dapur kayu api, di mana dapur pertama terletak di sini dan dapur kedua terletak di laman belakang untuk kegunaan semasa musim perayaan. Pada masa dahulu, dapur ini digunakan oleh tukang masak pada setiap hari untuk menyediakan masakan dan kuih-muih.