Loading
Baba Nyonya Heritage Museum Lantern

I

Ruang Pemujaan Nenek Moyang (Thia Abu)


Masyarakat Peranakan masih lagi menganuti agama masyarakat Cina yang merupakan campuran ajaran Tao, Buddha dan Pemujaan Nenek Moyang. Pemujaan Nenek Moyang merupakan cara mereka mengenang dan mengingati jasa dan sumbangan nenek moyang mereka.

Ruang ini didirikan khas untuk memuja mendiang ahli keluarga Chan dan upacara semayang diadakan sebanyak 7 kali setahun seperti: ulang tahun tarikh kematian, Cheng Beng, Tahun Baru Cina dan Perayaan “Hantu Lapar”. Walaupun terdapat ahli keluarga yang menganuti agama Kristian, tradisi pemujaan nenek moyang masih lagi diteruskan sebagai tanda penghormatan kepada mendiang nenek moyang mereka.

Potret mendiang Chew Poye Yan


Cheng Siew yang merupakan anak sulung, telah menjalankan tanggungjawabnya dalam meletakkan papan peringatan kedua-dua ibubapanya, di atas meja pemujaan ini.


Sebuah gambar mendiang ibu Cheng Siew, Nyonya Chew Poye Yan (1845-1903) diletakkan di tengah-tengah meja pemujaan ini. Secara tidak langsung, situasi ini menggambarkan budaya masyarakat itu sendiri. Baba memainkan peranan penting dalam aktiviti perniagaan dan sebagainya manakala nyonya lebih tertumpu menjadi suri rumah. Terdapat banyak kisah tentang ibu mertua masyarakat nyonya yang sangat garang dan ditakuti anak dan menantu mereka.

Potret mendiang Chew Poye Yan
Chan Chen Siew Funeral Showcase

Upacara pengembumian Cheng Siew


Pengebumian Cheng Siew diadakan secara besar-besaran seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times, 26hb November 1919:

Pengebumian mendiang Chan Cheng Siew, J.P berlangsung semalam. Keranda mendiang telah dibawa ke tanah perkuburan peribadi di Peringgit pada jam 11.45 pagi. Perhiasan yang menutup keranda mendiang merupakan antara perhiasan yang paling mahal dan tercantik yang pernah dilihat di negeri Melaka sepanjang sepuluh tahun yang lepas.

Bahagian Sebelumnya

Shopping Basket

Pilih Bahasa