Mahjong dan Cherki merupakan dua permainan kegemaran Nyonya-Nyonya. Mahjong merupakan permainan yang melibatkan empat orang pemain.
Nyonya Joo Suan gemar bermain Mahjong dan ia merupakan menjadi aktiviti kegemaran beliau di masa lapang. Beliau akan menaiki beca ke rumah ibunya di Jalan Tengkera untuk bermain Mahjong dengan kakak ipar dan saudara-mara yang lain.
Seperti Mahjong, Cherki merupakan permainan yang sama tetapi lebih mudah dan memakan jangka masa yang lebih pendek.
Pakaian Nyonya & Bibik
Anak-anak gadis nyonya gemar memakai pakaian yang digelar baju kebaya, yang diperbuat daripada kain kasa rubiah dan dipadankan dengan kain sarung. Baju Kebaya dipasangkan dengan kerosang rantey (tiga bentuk kerongsang yang serupa disambungkan dengan rantai). Dan rambut mereka dibentukkan menjadi sanggul, dihiasi dengan cucuk sanggul keemasan.
Manakala nyonya yang lebih berumur, atau lebih dikenali sebagai bibik, akan memakai pakaian yang panjang hingga ke paras lutut dan dikenali sebagai baju panjang.