Loading
Baba Nyonya Heritage Museum Lantern

C

Ruang Gelap (Thia Gelap)


Anak-anak gadis (nyonya) hanya dibenarkan keluar sejauh ruang ini di rumah tanpa diiringi sesiapa. Mereka tidak dibenarkan keluar ke ruang utama ataupun meninggalkan rumah seorang diri.

Ukiran yang membahagikan ruang ini dengan ruang tamu besar berfungsi mengelakkan anak-anak gadis daripada dilihat oleh pengunjung yang datang ke rumah. Sekiranya mereka ingin melihat pengunjung yang datang, maka mereka boleh mengintai melalui lubang kecil yang direka khas pada pembahagi ruang tamu ini.

Baba Nyonya Lantern

Tanglung (sebelah kiri)

Baba Nyonya Lantern

Tanglung (sebelah kanan)

Tanglung


Tanglung buatan tangan ini pada asalnya digantung di luar rumah. Ia berfungsi sebagai alamat dan juga sebagai iklan perniagaan mereka.

Pada tanglung sebelah kiri tertulis dengan nama perniagaan mereka iaitu Swee Hin. Manakala pada tanglung sebelah kanan tertulisnya nama keluarga Chan.

Sebelum penggunaan tenaga elektrik, tanglung ini dinyalakan dengan lilin.

Bahagian Seterusnya

Shopping Basket

Pilih Bahasa